Monday 15 October 2012

Karnival 1 Murid 1 Sukan TM Iskandar

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Pertandingan 1 Murid 1 Sukan telah diadakan mulai 4 september 2012 dan berterusan sehingga akhir penggal. Pertandingan diadakan diantara rumah-rumah sukan iaitu Putra, Perdana, Satria dan Waja.

Antara acara / pertandingan yang telah diadakan ialah:
1. Bolasepak Bwh 16 , 14 dan 13 tahun.
2. Bola Jaring P Bwh 16
3. Pentaque (terbuka)
4. Catur L/P
5. Sepak Takraw L16
6. Bola baling L16
7. Bola tampar L16 dan P16

Pertandingan yang bakal berlangsung:
1. Bola sepak Bwh 15 (pasca PMR)
2. Bola jaring Bwh 15 (pasca PMR)
Majulah Sukan Untuk Negara.

Antara foto pertandingan:




layari :
http://www.facebook.com/SmkTmIskandarBp

Monday 8 October 2012

CALON PMR 2012 SMK TM ISKANDAR

Assalamualaikum,
Kepada semua calon PMR 2012 SMK TM Iskandar, semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat kejayaan dalam peperiksaan tahun ini. Good Luck





Thursday 9 August 2012

Majlis Iftar Ramadan warga SMKTMI 2012

Assalamualaikum W.B.T, Majlis berbuka puasa bersama warga kerja serta keluarga telah diadakan pada hari Khamis, 9 Ogos bertempat di D'Laman Iskandar SMKTMI anjuran Kelab Bilik Guru (KEBIRU). Majlis bermula jam 6.40 ptg dimana tahlil diadakan dipimpin oleh Ustaz Sapuan B Surat. Setelah berbuka warga TMI berjemaah mengerjakan fardhu Maghrib di surau diimamkan oleh Ustaz Sapuan. Selesai solat, majlis diteruskan dengan jamuan makan dengan makanan yang menyelerakan iaitu nasi beriyani bersama juadah yang lain. Setelah selesai menjamu selera, warja TMI bersama sama mengerjakan solat Isyak dipimpin oleh Tn Hj Abdul Rahman B Isnin dan seterusnya solat Tarawih yg diimamkan oleh Ustaz Ghazali Abd Manaf. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Jutaan tahniah juga untuk Pengerusi KEBIRU Pn. Siti Saraa dan AJK Kebiru yang lain.







Thursday 12 July 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Senamrobik 1m1s telah diadakan selasa lalu di padang smktmi. Senamrobik ini diadakan serentak di seluruh sekolah di Malaysia. Warga SMKTMI tidak ketinggalan memeriahkan acara tersebut..tahniah,majulah sukan untuk semua..
http://www.facebook.com/SmkTmIskandarBp




Tuesday 26 June 2012

Acara Sukan SMK TM Iskandar telah bermula..(hari pertama)

Acara sukan SMK TM Iskandar telah bermula pada petang selasa (26.6.2012) dimana beberapa acara padang dan balapan telah berlangsung. Persaingan antara rumah Putra, Perdana, Satria dan Waja amat sengit untuk menentukan Juara pada tahun 2012. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan.